Pendahuluan
Revolusi Iran adalah sebuah revolusi yang mengubah kerajaan Iran dari sistem pemerintahan monarki kepada sistem republik islam. Pertukaran ini dibuat melalui pungutan suara rakyat Iran oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini, setelah beliau berjaya mengusir raja Iran terakhir, Shah Mohammad Reza Pahlavi keluar dari Iran.
Revolusi ini adalah sebuah gerakan yang unik karena kejayaannya mengejutkan seluruh dunia. Revolusi Iran berlaku dengan pantasnya dan berjaya menjatuhkan sebuah rejim yang dilengkapi dengan kuasa tentara yang kuat dan hebat, dan rejim ini digantikan dengan sistem pemerintahan teokrasi yang diundi berdasarkan tahap kemuliaan seseorang itu.
Revolusi Islam adalah revolusi pertama yang memperoleh kemenangannya dalam membentuk sebuah negara dengan pemikiran dan politik yang berpijak pada idiologi dan ajaran-ajaran Islam murni, dan menyingkirkan semua aliran dan idiologi non-Islami yang pada umumnya bersandar kepada salah satu dari dua kekuatan yang menguasai dunia saat itu. Para pakar dan cendekiawan di Barat yang kapitalis dan di Timur yang sosialis, pada dekade 1970, memiliki gambaran bahwa suatu saat, setelah berhadapan dengan berbagai realitas yang ada dan yang harus dihadapinya di dunia ini, pemerintah Islam Iran akan mengambil jarak dari tiga pondasi revolusinya, yaitu Kemerdekaan, Kebebasan, tidak Barat tidak Timur, atau jika tidak, maka ia akan terisolir dari kerangka sistim dua kutub dekade 70, kemudian akan mengalami keruntuhan dari dalam.
Revolusi ini terjadi pada dua periode. Periode pertama bermula pada pertengahan 1977 hingga tahun 1979 yang dipimpin oleh pihak liberal, golongan haluan kiri dan kumpulan agama. Kesemua mereka memberontak menentang Shah Iran. Periode kedua yang turut dikenali sebagai Revolusi Islam menyaksikan naiknya Ayatollah menjadi pemimpin revolusi.
Latar Belakang Revolusi
Kemahkotaan Shah (1940)
Pada tahun 1941, Iran dipimpin oleh Shah Mohammad Reza Pahlevi, menggantikan ayahnya, Shah Reza. Pergantian ini dikarenakan Shah Reza menolak bekerjasama dengan Inggris dan kesatuan Soviet, sehingga Shah Reza dipaksa untuk mengundurkan diri dan meminta anaknya untuk menggantikan kedudukannya dengan harapan Pahlavi bisa menjadi sekutu Inggris dan kesatuan Soviet.
Seperti ayahnya, Shah Pahlavi meneruskan permodenan Iran. Dia menjalin hubungan yang rapat dengan Amerika dan beberapa negara barat lain dan sering kali mendapat pengiktirafan dari Amerika karena pemdiriannya yang menentang komunis. Namun begitu, pihak pembangkang yang terdiri dari kumpulan berhaluan kiri, nasionalis, dan ulama selalu mengeluarkan kritikan karena pemerintahannya melanggari perlembagaan Iran.
Naiknya Ayatollah Khomeini (1960)
Ayatollah Khomeini, mulai menampilkan dirinya dalam politik sekitar awal tahun 1963. Ayatollah memimpin kumpulan pembangkang menentang kerajaan Shah dan rancangan revolusi putih. Antara perkara-perkara yang diperdebatkan oleh Ayatollah ialah hak mengundi untuk perempuan, perubahan undang-undang pilihan raya yang membenarkan kumpulan agama minoriti memegang kedudukan tinggi dalam kerajaan dan perubahan dalam undang-undang perkawinan. Kemudian, Ayatollah juga mengisytiharkan Shah telah “memulakan proses kehancuran islam di Iran”.
Disebabkan oleh pengisytiharan beliau, Khomeini ditangkap pada 5 Juni 1963 dan 3 hari selepas itu rusuhan berlaku di seluruh Iran. Pihak polis bertindak balas dengan menggunakan kekerasan terhadap perusuh-perusuh ini. Menurut laporan dari kerajaan Pahlavi, sebanyak 86 orang terbunuh. Penyokong Khomeini juga mendakwa sekurang-kurangnya 1500 terbunuh manakala pihak polis yang dibentuk selepas revolusi mengumumkan lebih daripada 380 orang menjadi korban. Khomeini ditahan di rumah beliau selama 8 bulan dan kemudian dibebaskan. Setelah pembebasan beliau, Khomeini meneruskan kegiatan beliau mengkritik Shah terutamanya mengenai hubungan rapat Shah dengan Israel dan juga "penganugerahan" imuniti diplomatik pegawai tentara Amerika di Iran. Pada November 1964, Khomeini sekali lagi ditangkap dan kali ini beliau dibuang ke luar negeri selama 14 tahun dan kembali lagi ketika revolusi.
Tercetusnya Revolusi (1978)
Sebelum revolusi, terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Salah satunya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan mayoritas rakyatnya hidup miskin, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang pemisah antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahwa SAVAK merupakan penyebab kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (diTehran).
Hal tersebut menyebabkan munculnya berbagai golongan pembangkang terhadap pemerintahan Shah. Bangkangan terhadap pemerintahan Shah ini dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal dari kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Meskipun demikian, tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukan kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah salah satu pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.
Ulama-ulama Iran juga terbagi menjadi dua kumpulan yaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini yang ketika itu sedang didalam buangan pun berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.
Revolusi Februari 1979
Selama masa perjuangan melawan Shah, gerakan masa dengan mantap menunjukkan peningkatan dan kelas pekerja menjadi semakin teradikalisasi. Titik puncak dari proses ini adalah peristiwa revolusi 1979. Revolusi adalah sebuah perbenturan kekuatan secara terbuka dari kekuatan-kekuatan sosial yang saling bertentangan dalam perebutan kekuasaan. Dalam revolusi 1979, kekuatan kolosal kaum proletar dengan segera terungkap. Tiga juta orang turun ke jalan dalam mobilisasi
Pada 16 Januari 1979, Shah Mohammad dan permaisurinya meninggalkan Iran atas nasihat perdana menterinya, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. Dr. Shapour kemudian membubarkan SAVAK, membebaskan tahanan politik, menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula. Beberapa hari selepas itu, beliau meminta Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semua perlembagaan Iran.
Pada 1 Februari 1979, Khomeini pulang ke Iran. Kepulangan beliau disambut dengan meriahnya oleh ribuan rakyat Iran. Meskipun demikian, Khomeini tidak setuju dengan kerajaan Shapour yang menyebabkan berlakunya konflik bersenjata antara penyokong Khomeini (termasuklah beberapa bahagian tentera Iran) dengan penyokong Shapour. Penyokong revolusi-Khomeini dan tentara yang berpihak kepada revolusi mulai menguasai balai polis, markas tentara dan mengedarkan senjata kepada penduduk awam. Pada 11 Februari, kerajaan Shapour kalah dalam konflik ini apabila Majlis Agung Tentara mengumumkan bahwa ia berpendirian netral untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
Khomeini Mengambil Alih Kuasa
Kini bermulalah fasa kedua revolusi Iran yang turut dikenal sebagai Revolusi Islam. Ketika zaman pemerintahan Shah, semua kumpulan revolusi yang terdiri dari golongan agama, liberal, sekular, Marxist dan Komunis bergabung untuk menentang Shah Mohammad. Tetapi kini, setelah beliau ditumpaskan, ikatan ini dibubarkan.
Setiap kumpulan revolusi ini bersaing untuk pengaruh dan juga mempunyai intepretasi yang berbeda mengenai negara Iran yang dibentuk. Ketika tahun pertama revolusi, terdapat dua kuasa yang memerintah Iran yaitu kerajaan rasmi Iran dan kerajaan revolusi. Mehdi Bazargan, Perdana Menteri Iran yang dilantik oleh Khomeini (dari kumpulan revolusi) memperkenalkan sebuah kerajaan demokratik baru. Pada masa yang sama, dalam kerajaan Iran, Khomeini menubuhkan Majlis Revolusi yang ahlinya terdiri dari para ulama yang menyokong beliau. Majlis ini semakin lama menjadi semakin berkuasa dalam kerajaan Iran sehingga semua keputusan kerajaan Iran ditentukan oleh badan ini.
Pada bulan Juni, Gerakan Kebebasan membentuk sebuah draf perlembagaan yang menjadikan Iran sebuah Republik Islam. Draf ini turut mencakup Majlis Pelindung yang mempunyai kuasa veto mengenai undang-undang bukan Islam. Walaupun demikian, Ayatollah Khomeini menolak draf ini dengan alasan bahwa kerajaan baru ini haruslah berdasarkan "100% undang-undang Islam".
Oleh karena itu, sebuah perlembagaan baru dibentuk oleh Majlis Pakar yang membentuk jabatan Pemimpin Agung untuk Khomeini. Kuasa Pemimpin Agung dalam perlembagaan ini meliputi kuasa ketentaraan dan keselamatan, dan juga kuasa veto untuk calon politik. Selain itu juga dibentuk jabatan Presiden. Kuasa presiden juga kurang meluas dibandingkan dengan Pemimpin Agung dan beliau akan dilantik melalui pilihan raya umum yang diadakan setiap empat tahun sekali. Perdana Menteri Mehdi tidak setuju dengan perlembagaan baru ini karena kekuasaan presiden yang terbatas, lalu beliau meletakkan jabatan.
No comments:
Post a Comment